Isu Kerakyatan | KDN mohon semua pihak bersabar

2022-09-21 0

Kementerian Dalam Negeri (KDN) berpendirian untuk tidak mengulas lanjut berhubung isu kerakyatan anak yang dilahirkan di luar negara selagi kes tersebut tidak diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata pihak-pihak terlibat masih mempunyai hak untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.